Asalnya nama kampung ini adalah berdasarkan sejenis pokok yang diberi nama 'Pokok Komoi' dan pokok ini sangat baik untuk kesihatan.Buahnya yang pahit untuk kegunaan golongan kencing manis,darah tinggi, dan sebagainya.Pucuk daunnya pula sering dijadikan ulam-ulaman bagi penduduk kampung ini.
Penduduk kampung Komoi adalah Ramah-mesra,tolong menolong,suka bergotong royong apabila ada golongan penduduk yang hendak mengadakan kenduri, tidak kiralah sama ada kenduri kahwin mahupun kenduri arwah.
Hasil kewangan penduduk kampung adalah kebanyakannya dari pekerja kilang, pengusaha sendiri, dan pengusaha hasil bumi.
Contoh hasil bumi yang diusahakan penduduk kampung adalah seperti pesawah,pengusaha daun rokok,pengusaha atap,dan pengusaha ikan pekasam.
Contoh pengusaha sendiri oleh penduduk kampung adalah seperti bengkel besi,peniaga runcit,peniaga kecil-kecilan,dan sewaan pelamin perkahwinan.
Agak membanggakan bukan sahaja penduduk bandar yang mampu mengusahakan perniagaan sendiri malah penduduk kampung juga.Inilah yang dikatakan kuasa Tuhan, rezeki ada dimana-mana hanya kita yang perlu menilainya,dan perlu mengusahakannya supaya menjadi hasil pendapatan.





